Friday, 16 September 2011

Surat cinta untuk Kekasih


Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar, dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. 
Itulah namanya CINTA…

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya walaupun telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai Itulah yang sukar diperoleh.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut. Tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Jika saja kehadiran cinta adalah untuk mengecewakan lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.

Kita lahir dengan dua telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan dua mata dan dua telinga, tapi kita diberi sebuah mulut kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara yang sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak – banyaknya.

Jangan simpan kata kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu tetapi adalah lebih menyakitkan mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Ternyata senyuman dapat menjadikan seseorang terbuka hatinya.

CINTA MUNGKIN TIDAK AKAN BERLANGSUNG SELAMANYA TAPI IA AKAN BERTAHAN.
BERTAHAN…
BEGITU LAMA DAN KUAT SEHINGGALAH KITA TAHU BAHAWA DIA MENGKHIANATI CINTA KITA.

Surat cinta ini adalah surat cinta pertama kutujukan buat kekasihku dulu. Tapi aku tidak pernah berikan padanya. Aku simpan saja. Dan setiap kali ada dugaan, kata kata dalam surat cinta ini membantu ku sentiasa bersemangat untuk berusaha memilikinya sehinggalah aku sah menjadi isterinya kini. :) Sebenarnya, kata kata dalam surat cinta ini kutemui dalam YouTube. Al maklumlah kaki Youtube. :)

Good Luck all.

No comments:

Post a Comment