Wednesday, 21 September 2011

Cinta suamiku

Suamiku walaupun jarang mengucapkan cintanya namun ku fahami kata kata cintanya dengan pengorbanan yang dilakukannya.
Walaupun orang berkata itu memang tanggungjawab suami mencari nafkah,menjaga isteri dan sebagainya namun ku melihat tanggungjawab yang digalasnya itu bukan tugasan semata mata tapi semuanya adalah pengorbanan kerana keikhlasan terpancar tiap kali ku melihat air mukanya.


Suami berkata, cukuplah diriku menemani hidupnya hingga akhir hayat dan ke syurga
namun dia tidak menjanjikan kepastian hanya doa yang berterusan dia mampu panjatkan agar hatinya dan hatiku tidak berubah dalam cinta kami dan cinta kami pada Allah..
Walaupun suamiku tidak kaya harta namun ku merasa cukup dengan kekayaan budi pekertinya..
Walaupun suamiku tidak sempurna namun ku bersyukur atas kelebihannya dan kekurangannya..


Suamiku adalah yang paling kacak di mataku,
Suamiku adalah yang paling gagah bagiku,
Walaupun suamiku bukan yang terkemuka dikalangan ilmuwan
Walaupun suamiku bukan yang terbilang dikalangan pemimpin


Semoga Allah menjaga suamiku hingga dia berjaya hidup disyurga.
Sebab atas segala kekurangan ku dia sentiasa berlapang dada
Sebab atas segala layanan ku dia sentiasa berpesan melakukan yang terbaik


Oh, Aku bersyukur hidup bersamanya,
Dia terlalu sempurna untuk ku nyatakan dengan tulisan
Dia bukan Muhammad
dan aku bukan Khadijah
kami cuma pasangan suamisteri akhir zaman yang mencari ikhlas dalam mencintai Allah
Ternyata dugaan tidak pernah berhenti melewati rumah tangga kami
Namun bila kita cinta kerana Allah,
Semuanya akan tenang setelah angin melanda.


Semakin ku puji suamiku semakin merendah hatinya,:) Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment