Monday, 26 September 2011
sajak islami : bidadari cinta
Istimewa buat kaum adam dan hawa (pembaca blog ini).
Kepada kaum adam, carilah bidadari yang bukan setakat di dunia tetapi tetap menjadi bidadari di akhirat..:)
Yakinlah dan berubahlah dan bersabarlah.
Pasti ada seorang bidadari akan datang menyinari hidupmu.:)
Juga istimewa buat suamiku, dirimu adalah bidadara ku dunia akhirat, insya'allah.
Labels:
Puisi dan Lagu
Saturday, 24 September 2011
Cinta Wanita Pertama Masuk Syurga
Siti Muti'ah nama diberi
Menjadi contoh isteri berakhlak terpuji
Sentiasa taat dan menjaga keperluan suami
Mendamba redha Allah itulah hasrat dihati :)
Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanya lantas menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”.
Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”. Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.
Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke sana tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata, “Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”. Perempuan itu menjawab, “Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”.
Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?”. Anakanda Rasulullah menjawab, “Ini anak saya, Hasan”. Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya”.
Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.
Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.
Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Sumainya yang terkejut dan hairan pun berkata, “Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua”.
Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”. “Terima Kasih” sahut suaminya.
Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berepa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi menangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.
Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya, “Mengapa jadi begini?” Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. “Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah. Jawab perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”.
Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.
Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.
Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah S.A.W lalu berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”.
Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.
Labels:
Kisah cinta
Wednesday, 21 September 2011
Cinta suamiku
Suamiku walaupun jarang mengucapkan cintanya namun ku fahami kata kata cintanya dengan pengorbanan yang dilakukannya.
Walaupun orang berkata itu memang tanggungjawab suami mencari nafkah,menjaga isteri dan sebagainya namun ku melihat tanggungjawab yang digalasnya itu bukan tugasan semata mata tapi semuanya adalah pengorbanan kerana keikhlasan terpancar tiap kali ku melihat air mukanya.
Suami berkata, cukuplah diriku menemani hidupnya hingga akhir hayat dan ke syurga
namun dia tidak menjanjikan kepastian hanya doa yang berterusan dia mampu panjatkan agar hatinya dan hatiku tidak berubah dalam cinta kami dan cinta kami pada Allah..
Walaupun suamiku tidak kaya harta namun ku merasa cukup dengan kekayaan budi pekertinya..
Walaupun suamiku tidak sempurna namun ku bersyukur atas kelebihannya dan kekurangannya..
Suamiku adalah yang paling kacak di mataku,
Suamiku adalah yang paling gagah bagiku,
Walaupun suamiku bukan yang terkemuka dikalangan ilmuwan
Walaupun suamiku bukan yang terbilang dikalangan pemimpin
Semoga Allah menjaga suamiku hingga dia berjaya hidup disyurga.
Sebab atas segala kekurangan ku dia sentiasa berlapang dada
Sebab atas segala layanan ku dia sentiasa berpesan melakukan yang terbaik
Oh, Aku bersyukur hidup bersamanya,
Dia terlalu sempurna untuk ku nyatakan dengan tulisan
Dia bukan Muhammad
dan aku bukan Khadijah
kami cuma pasangan suamisteri akhir zaman yang mencari ikhlas dalam mencintai Allah
Ternyata dugaan tidak pernah berhenti melewati rumah tangga kami
Namun bila kita cinta kerana Allah,
Semuanya akan tenang setelah angin melanda.
Semakin ku puji suamiku semakin merendah hatinya,:) Alhamdulillah.
Walaupun orang berkata itu memang tanggungjawab suami mencari nafkah,menjaga isteri dan sebagainya namun ku melihat tanggungjawab yang digalasnya itu bukan tugasan semata mata tapi semuanya adalah pengorbanan kerana keikhlasan terpancar tiap kali ku melihat air mukanya.
Suami berkata, cukuplah diriku menemani hidupnya hingga akhir hayat dan ke syurga
namun dia tidak menjanjikan kepastian hanya doa yang berterusan dia mampu panjatkan agar hatinya dan hatiku tidak berubah dalam cinta kami dan cinta kami pada Allah..
Walaupun suamiku tidak kaya harta namun ku merasa cukup dengan kekayaan budi pekertinya..
Walaupun suamiku tidak sempurna namun ku bersyukur atas kelebihannya dan kekurangannya..
Suamiku adalah yang paling kacak di mataku,
Suamiku adalah yang paling gagah bagiku,
Walaupun suamiku bukan yang terkemuka dikalangan ilmuwan
Walaupun suamiku bukan yang terbilang dikalangan pemimpin
Semoga Allah menjaga suamiku hingga dia berjaya hidup disyurga.
Sebab atas segala kekurangan ku dia sentiasa berlapang dada
Sebab atas segala layanan ku dia sentiasa berpesan melakukan yang terbaik
Oh, Aku bersyukur hidup bersamanya,
Dia terlalu sempurna untuk ku nyatakan dengan tulisan
Dia bukan Muhammad
dan aku bukan Khadijah
kami cuma pasangan suamisteri akhir zaman yang mencari ikhlas dalam mencintai Allah
Ternyata dugaan tidak pernah berhenti melewati rumah tangga kami
Namun bila kita cinta kerana Allah,
Semuanya akan tenang setelah angin melanda.
Semakin ku puji suamiku semakin merendah hatinya,:) Alhamdulillah.
Labels:
Petua cinta
Saturday, 17 September 2011
Tips menjadi Isteri Solehah
"Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api."
Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s. a. w.?"
Jawab Rasulullah s. a. w. :
~ Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
~ Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya.
(Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
~ Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah.
(Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)
~ Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa.
(Contohnya:bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
~ Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan- rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah
Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s. a. w.?"
Jawab Rasulullah s. a. w. :
~ Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
~ Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya.
(Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
~ Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah.
(Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)
~ Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa.
(Contohnya:bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
~ Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan- rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah
- Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
- Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
- Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
- Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.3
- Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
- Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami.
- Minta talak.
- Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
- Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan.
- Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
- Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
- Mengekalkan malu pada suaminya.
- Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
- Mengikut kata-kata dan suruhannya.
- Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
- Berdiri menyambut kedatangannya.
- Berdiri menghantar pemergiannya.
- Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
- Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
- Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
- Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
- Tiada khianat ketika tiada suaminya.
- Memuliakan keluarga suaminya.
- Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
- Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.
Labels:
Tips untuk Wanita
Friday, 16 September 2011
Surat cinta untuk Kekasih
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa
mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk
memegang, dua telinga untuk mendengar, dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa
Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita? Kerana Tuhan telah
memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah
namanya CINTA…
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih
mahu mencuba. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu
masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan
walaupun telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya walaupun telah
dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai walaupun mereka telah
disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan
untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah.
Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai Itulah yang sukar diperoleh.
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut
ke mulut. Tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia
dapat menilai kesuciannya.
Jika saja kehadiran cinta adalah untuk mengecewakan lebih
baik cinta itu tak pernah hadir.
Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita
tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan,
pandanglah masa depan kita.
Kita lahir dengan dua telinga di kanan dan di kiri, supaya
kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya
mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang
salah.
Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita
sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak
akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita.
Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas
dan perhiasan.
Kita lahir dengan dua mata dan dua telinga, tapi kita diberi
sebuah mulut kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa
menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak
menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara yang sesedikit mungkin tapi lihat dan
dengarlah sebanyak – banyaknya.
Jangan simpan kata kata cinta pada orang yang tersayang
sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata
kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata kata cinta yang
tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang
yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas,
keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, derita menjadi nikmat dan kemarahan
menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak
mencintaimu tetapi adalah lebih menyakitkan mencintai seseorang dan kamu tidak
pernah memiliki keberanian menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang
gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu
mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu
menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang
yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi
tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu
sepenuh hati sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana
perginya tanpa berpatah lagi.
Ternyata senyuman dapat menjadikan seseorang terbuka
hatinya.
CINTA MUNGKIN TIDAK AKAN BERLANGSUNG SELAMANYA TAPI IA AKAN
BERTAHAN.
BERTAHAN…
BEGITU LAMA DAN KUAT SEHINGGALAH KITA TAHU BAHAWA DIA
MENGKHIANATI CINTA KITA.
Surat cinta ini adalah surat cinta pertama kutujukan buat kekasihku dulu. Tapi aku tidak pernah berikan padanya. Aku simpan saja. Dan setiap kali ada dugaan, kata kata dalam surat cinta ini membantu ku sentiasa bersemangat untuk berusaha memilikinya sehinggalah aku sah menjadi isterinya kini. :) Sebenarnya, kata kata dalam surat cinta ini kutemui dalam YouTube. Al maklumlah kaki Youtube. :)
Good Luck all.
Labels:
Petua cinta
Subscribe to:
Posts (Atom)








